Cara Untuk Bercakap Dengan Suami Seorang Isteri Perlu Tahu



Kebanyakkan ramai orang yang mengeluh sebab sukar nak berkomunikasi dengan suami. Yela tak masing-masing asyik sibuk dengan kerjaya. Terlalu sibuk, tapi isteri anda perlu ketahui cara untuk bercakap dengan suami. Jangan lah asyik mengeluh je, ada perlu cuba 11 tips di bawah ni.
- Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Cara @ Tips untuk bercakap dengan suami.
1. Baca doa pelembut hati sebelum bercakap.
2.  Cakap 1 perkara pada 1 masa.
3.  Beri dia peluang untuk bercakap sebab lelaki tak selesa dan tak suka memotong cakap orang.
4.  Elak pamerkan emosi semasa bercakap.
5.  Beri dia fakta dan maklumat untuk mudah terima idea.
6.  Cakap ringkas dan jitu, elakkan terlalu detail.
7.  Tundukkan kepala bila bercakap tanda hormat dan suara menjadi lembut dan lebih "base", mirip suara lelaki.
8.  Sentiasa puji suami dengan ikhlas sebelum menegur.
9.  Sokong pendapatnya selagi tak bertentangan dengan hukum.
10.  Elak jatuhkan maruahnya.
11.  Elak bandingkan suami dengan lelaki lain.

Moga memberi manfaat.

0 Response to "Cara Untuk Bercakap Dengan Suami Seorang Isteri Perlu Tahu"

Post a Comment

Lagi Artikel Menarik Di Bawah