Cara-Cara Bantu Suami Nikmati Hubungan Seks Yang Hebat

Cara-Cara Bantu Suami Nikmati Hubungan Seks Yang Hebat

Apa yang perlu isteri tahu dan sememangnya tahu, setiap pasangan suami isteri pasti mendambakan hubungan seks yang hebat setiap malam. Persoalannya bagaimana cara nak mendapatkannya? Selain daripada menggunakan pelbagai teknik mahupun posisi yang baru sebenarnya ada cara lain yang boleh anda menikmati kita melakukan hubungan suami isteri.  Caranya adalah dengan menggunakan sepenuhnya pancaindera yang dikurniakan Tuhan. Dalam hal ini, isteri haruslah memainkan peranan. Berikut adalah 5 cara bantu suami nikmati hubungan seks yang hebat.

1. Deria Rasa
Buka selera suami dengan menyediakan hidangan lazat. Sediakan menu yang berempah, pedas yang mampu mengeluarkan keringatnya ketika makan. Makanan jenis ini dipercayai dapat membangkitkan nafsu seks.

Selain itu bagi menambahkan tenaga ketika melakukan hubungan seks, apa kata hidangakan menu dari tiram. Sumber makanan ini kaya dengan zat besi yang bukan saja baik untuk kesihatan tapi juga bakal menambah tenaga batin.

Tapi awas, dalam memenuhi deria rasa suami dengan makanan yang enak pastikan anda tidak membiarkan si dia melahan dengan banyak. Jika tidak suami pasti mengantuk dan acara seks yang hebat pada malam itu pastinya tidak kesampaian.

2. Deria Sentuhan
Setelah siap makan dan beristirehat, inilah masanya untuk anda mempergunakan sepenuhnya deria sentuhan seorang isteri. Banyak cara yang boleh digunakan, namun yang paling berkesan untuk membangkitkan ghairah suami pastinya urutan sensual.

Urutan lembut ketika perut suami sudah kenyang dan juga dalam keadaan releks sudah tentu bakal membuatkan dirinya cepat terangsang. Selain itu tak salah juga ketika suami berehat menonton televisyen anda membelai rambut dan wajahnya. Sentuhan kasih sayang ini juga sebenarnya amat didambakan oleh suami dari isterinya.

3. Deria Bau
Jangan padamkan nafsu suami dengan bau badan ataupun bau bawang hasil masakan anda. Oleh itu sebaliknya sebelum berdua-duaan dengan suami, bersihkan diri anda. Mandi dan kenakan wangian yang mampu menawan suami.

Tapi, bukan tubuh saja yang perlu wangi, bilik juga harus diisi dengan bau-bauan yang menyenangkan. Anda boleh menggunakan lilin aroma terapi wangian musk atau vanila. Musk dikatakan aroma yang mirip feromon (aroma asli seksual) manusia. Penggunaannya mampu mengundang selera suami untuk persembahan yang lebih mantap.
Wangian vanila yang manis seperti menyambut aura kebahagian. Jangan hairan kalau wangian ini mampu membuatkan nafsu si dia menggebu-gebu. Ghairah seks yang mungkin awalnya di tahap bawah mampu melonjak naik kerana aroma vanila mampu merangsang terus ke pusat saraf.

4. Deria Pendengaran
Matikan sahaja televisyen sebalinya putarkan muzik lembut yang mampu membuatkan diri suami tersenyum mendengarnya. Putarkan lagu-lagu romantis kesukaan anda dan suami tatkala bercinta dulu. Ini pasti mengimbas kembali nostalgia lama yang indah. Momen-momen yang indah antara anda berdua pasti akan membangkitkan perasaan kasih sayang, cinta dan tak terkecuali ghairah untuk bersama.

5. Deria Penglihatan
Peranan deria ini mungkin sudah ramai tahu cara menggunakannya. Apa lagi yang mampu menawan pengelihatan suami selain daripada penampilan yang seksi. Kenakan baju tidur polos agar bentuk tubuh anda dapat dilihat secara samar-samar. Inilah yang bakal membuatkan suami seakan tidak sabar untuk bersama dengan anda.

0 Response to "Cara-Cara Bantu Suami Nikmati Hubungan Seks Yang Hebat "

Post a Comment

Lagi Artikel Menarik Di Bawah