6 Masa Yang Sesuai Suami Isteri Melakukan Hubungan Intim

6 Masa Yang Sesuai Suami Isteri Melakukan Hubungan Intim

Bagi pasangan yang baru berkahwin merancang untuk 'honeymoon' atau yang sudah berkahwin, sudah pasti anda inginkan sesi intimasi bersama pasangan anda yang memuaskan. Sebaiknya perlu ambil kira waktu yang yang sesuai bagi memaksimunkan waktu bersama pasangan anda. Kami BuahMulut! selidik beberapa info mengenainya berkongsi.

6 Masa Yang Sesuai Suami Isteri Melakukan Hubungan Intim

Waktu pagi
Tubuh badan kita sangat digalakkan untuk melakukan hubungan seks sewaktu bangun pagi. Menurut pakar, bukan hanya tahap testosteron dan tenaga yang tinggi pada waktu pagi, tetapi tahap oksitoksin juga meningkat yang boleh membuatkan anda dan pasangan lebih mesra selain endorfin dapat menceriakan mood kalian seharian.

Selepas bersenam
Ambil sedikit kesempatan selepas selesai bersenam dan tambahkan sedikit mood ghairah dalam hubungan untuk melakukan seks. Pakar menemui teori bahawa peredaran darah pada bahagian kemaluan wanita setinggi 169% tinggi selepas bersenam. Ini kerana tubuh menghasilkan testosteron iaitu hormon seks, jadi secara semulajadinya keinginan seks itu hadir selepas sesi berpeluh.

Selepas melalui hari yang pahit
Anda ingin hilangkan stres seharian di pejabat? Hubungan seks adalah satu pilihan yang baik untuk menamatkan stres. Ini kerana ia terbukti bahawa apa sahaja pergerakan fizikal atau sentuhan kasih sayang dapat membantu dalam menstabilkan semula mood dan mengurangkan stres. Sesi intimasi bersama suami juga dikatakan dapat menghilangkan stres serta buatkan anda lebih berkeyakinan dan berani.

Sebelum pembentangan kertas kerja yang besar
Kajian mendapati bahawa seks dapat relakskan sistem saraf dalam tubuh badan, merendahkan tekanan darah yang tinggi, dan menghilangkan stres. Kajian juga mendapati mereka yang melakukan seks sebelum memulakan pembentangan kertas kerja adalah lebih berkeyakinan dan kurang stres.

Selepas melakukan atau melihat sesuatu yang menakutkan
Waktu yang paling baik untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan adalah selepas melakukan atau melihat sesuatu yang menakutkan seperti menonton filem seram. Ketika adrenalin memuncak, tubuh badan kita secara semulajadinya berada di tahap ghairah dan mood seks juga meningkat.

Ketika berasa kurang sihat
Ia kedengaran agak pelik, tetapi kajian mendapati bahawa seks dapat meningkat imunisasi sistem tubuh badan.

Semoga manfaat....

0 Response to "6 Masa Yang Sesuai Suami Isteri Melakukan Hubungan Intim"

Post a Comment

Lagi Artikel Menarik Di Bawah