Cara Merawat Ketiak Hitam Sebelum Ditegur dan Punca Ketiak Gelap


Rawat ketiak hitam sebelum ditegur. Muka putih bersih dan kulit badan mulus namun masih ramai kaum Hawa yang tidak selesa kerana dibelenggu dengan masalah kesan hitam di ketiak. Apabila bercakap tentang isu ketiak gelap, pasti ramai si cantik yang mengeluh. Perkara ini boleh membuatkan kita hilang keyakinan diri, tidak selesa dan mendatangkan perasaan malu yang tak terkata.

Walaupun ia berada di tempat yang sulit dan tersembunyi, tetapi kesan gelap ini boleh mencacatkan penampilan, terutama mereka yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan. Bagi yang bertudung juga tidak terkecuali. Pasti anda tidak sanggup untuk melihatkan bahagian itu kepada teman-teman atau lebih segan lagi tertunjuk ia pada suami.

Bagi yang berstatus isteri pula, pasti berasa malu untuk mempersembahkan diri kepada suami.

Jangan terkejut jika selera suami tiba-tiba mati sebaik sahaja terpandang ketiak anda yang ‘berkarat’. Sebelum suami, teman-teman atau keluarga membuka mulut menegur kecacatan yang mengganggu pandangan mereka, lebih baik anda bertindak segera.

Bukan sekadar mencari kaedah rawatan atau penyelesaian tetapi anda juga mesti mengetahui punca berlakunya masalah ini. Ia akan membantu anda memahami, mencegah dan mengatasi masalah dengan cara yang tepat. Usah berlengah lagi, jom cantikkan diri!

Apa yang kami tahu, ketiak akan berpotensi menjadi hitam jika tidak berhati-hati ketika mencukur, mencabut bulu ketiak, dan juga boleh disebabkan oleh kesan bahan kimia yang terkandung di dalam deodoran.

Jadi bagi mereka yang sedang mengalami masalah ini atau ingin mengelak daripada terpaksa berhadapan dengan masalah ini, boleh mencuba beberapa tip yang kami sediakan ini. Sekali-skala cuba cara tradisional pun bagus juga. Paling penting kita perlu berusaha atasi masalah ketiak gelap.

i) Perah sebiji limau dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak sehingga rata dan biarkan selama 10-15 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan secara berkala 3 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.

ii) Buah betik mentah sememangnya kaya dengan vitamin C serta mengandungi bahan yang dapat mencerahkan kulit. Parut betik sehingga halus, dan letakkan pada kulit dan biarkan sekitar 15 minit. Seeloknya dilakukan selepas mandi ketika kulit masih segar dan bersih.

iii) Selain daripada betik muda, bengkuang juga berpotensi memutihkan ketiak. Menggunakan cara yang sama, parutkan bengkuang dan letakkan pada kulit dan dibiarkan seketika sebelum dibilas.

Mari kita cuba cara ini. Mudah-mudahan tiada lagi ketiak yang suram! 

1 Response to "Cara Merawat Ketiak Hitam Sebelum Ditegur dan Punca Ketiak Gelap"

  1. Возбужденные- сколько проституток PrivatNNover Bukan sekadar mencari kaedah rawatan atau penyelesaian tetapi anda juga mesti mengetahui punca berlakunya masalah ini. Ia akan membantu anda memahami, mencegah dan mengatasi masalah dengan cara yang tepat. Usah berlengah lagi, jom cantikkan diri!
    Страстная,молодая,но достаточно опытная инди скрасит досуг щедрого господина! Великие люди тоже ошибаются, и некоторые из них так часто, что почти впадаешь в искушение считать их людьми незначительными.

    ReplyDelete

Lagi Artikel Menarik Di Bawah