6 Perkara Isteri Mesti Ambil Tahu Suami Inginkan Ketika Hubungan Intim


Persoalan tentang apa yang suami inginkan ketika hubungan intim pastinya menjadi tanda tanya buat pasangan. Sebenarnya ia penting untuk isteri mengambil tahu apakah yang suami inginkan ketika di ranjang untuk jadikan masa bersama lebih berharga. Selain itu, kalian dapat jadikan hubungan lebih mesra dan berpeluang memuaskan satu sama lain mengikut kehendak masing-masing.

BuahMulut! temui beberapa panduan untuk anda ambil kira supaya apa yang didambakan oleh sang suami ketika sesi intimasi bersama isteri dapat dilunaskan.

Lingerie Seksi
Tidak salah untuk membeli lingerie seksi khas untuk buat suami teruja. Lelaki mudah terangsang dengan elemen seksi, lebih-lebih lagi jika si isteri yang memakai pakaian dalam di depannya. Kini ada banyak pilihan dan selalunya fabrik satin dan renda antara yang popular.

Isteri Ambil Inisiatif
Suami gemar untuk memulakan hubungan intim walaupun si isteri bukan dalam mood yang sama. Tetapi bagi mereka adalah satu penghargaan jika si isteri boleh tunjukkan semangat ketika bersama dalam menjalin hubungan seks dan akan lebih teruja jika dimulakan sendiri oleh isteri. Takkan hanya biarkan suami bertepuk sebelah tangan bukan?

Foreplay
Hubungan seks bukan boleh dilakukan secara automatik. Pastinya ia memerlukan sentuhan, belaian dan cumbuan mesra terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Jadi, sama-sama bergurau senda untuk bermesra dan bermanja sebagai mukadimah cinta.

Spontan
Lelaki lebih sukakan aksi yang spontan. Jadi, tidak perlu untuk merancang sesuatu hubungan seks itu kerana ia akan jadi lebih kekok dan kurang kepuasan.

Berani Mencuba Posisi Baru
 Lelaki gemar mencuba sesuatu yang baru ketika sesi intimasi ini. Mereka sering berharap jika mereka inginkan posisi yang baru si isteri lebih terbuka dengan cadangan itu.

Memuaskan Si Isteri
Lelaki tidak akan membiarkan dirinya sahaja yang mencapai klimaks. Mereka juga mahukan si isteri turut mencapai klimaks. Kadang-kadang terdapat wanita yang susah untuk mencapai klimaks tetapi lelaki juga perlu lebih terbuka untuk mencuba cara tertentu supaya si isteri juga turut mencapai klimaksnya.

1 Response to "6 Perkara Isteri Mesti Ambil Tahu Suami Inginkan Ketika Hubungan Intim"

Lagi Artikel Menarik Di Bawah