Model Lelaki Disantau Oleh Ibu Rakan Sendiri, Motif Sebenar.?


Tersedak kami mendengar cerita yang kurang enak ini, yelah apalah dosa model lelaki itu sampai nak disantau. Kalau kes curang si lelaki lari dengan perempuan lain ataupun kes sewaktunya melibatkan cemburu buta itu logik la pula rasanya. Tetapi yang buat kami tersedak ni model lelaki ini di santai oleh ibu rakannya sendiri, Subhanallah….

Motif ibu rakannya itu, memang tak tercapai dek akal untuk memikirkannya. Hati orang ini kita tak boleh nampak apa yang baik, apa yang buruk.

Buah Mulut difahamkan model lelaki ini telah memenangi satu pertandingan pencarian model, yang berkemungkinan kemenangannya itu membuatkan orang lain yang sakit hati.

Bagi kami, adat pertandingan menang kalah itu memang dah tertulis. Jadi tak perlulah nak menyantau orang tak tentu pasal. Seram pula dengar cerita santau menyantau ni, kan berbalik pada tuan punya diri baru la tahu. Bahaya betul orang zaman sekarang, negara je semakin maju tapi fikiran semakin cetek.

Sekarang ini, model lelaki itu masih menjalani rawatan dengan perubatan islam. Semoga model lelaki itu kembali sihat dan menjalani kehidupan harian seperti biasa. Gambar di atas sekadar hiasan sahaja. Manusia ni rambut sahaja sama hitam, hati lain-lain. Wallahualam

0 Response to "Model Lelaki Disantau Oleh Ibu Rakan Sendiri, Motif Sebenar.?"

Post a Comment

Lagi Artikel Menarik Di Bawah